Consular formalities
KEISTIMEWAAN DIPLOMATIK & KONSULAR ASING YANG BERKHIDMAT DI MALAYSIA
Apakah yang dimaksudkan dengan Keistimewaan Diplomatik dan Konsular Asing
Ordinan Diplomatik dan Konsular 1957 dan Akta Keistimewaan Diplomatik (Vienna Convention 1966) membenarkan Perwakilan Diplomatik (Suruhanjaya Tinggi /Kedutaan Besar / Konsulat Jeneral / Konsulat) serta kakitangan Perwakilan Diplomatik (pegawai-pegawai diplomatik dan bukan diplomatik negara-negara berkenaan) dan badan-badan antarabangsa mengimport atau membeli daripada gudang berlesen atau gudang eksais tanpa bayaran cukai / duti.
Bentuk-bentuk keistimewaan yang diberikan
Mengimport atau membeli barang-barang daripada gudang berlesen / gudang eksais tanpa membayar duti / cukai sepanjang tempoh bertugas di Malaysia; dan
Semua pengimportan yang dibuat atas nama pegawai diplomatik tidak dibuka untuk tujuan pemeriksaan kecuali atas sebab-sebab yang sangat perlu oleh pegawai kanan kastam.
Siapakah yang layak menikmati keistimewaan ini
Perwakilan Diplomatik (Suruhanjaya Tinggi / Kedutaan Besar/ KonsulatJeneral / Konsulat) dan kakitangan-kakitangan berwarganegara Negara berkenaan yang ditauliahkan dan ditempatkan di Malaysia yang memegang pasport diplomatik dan mempunyai KAD PENGENALAN YANG BERWARNA COKLAT MERAH MUDA ATAU MERAH TUA yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Negeri Keistimewaan ini juga diberikan kepada pegawai-pegawai diplomatik Suruhanjaya Tinggi British.
Badan-Badan Antarabangsa (seperti Bangsa-Bangsa Bersatu dan sebagainya) serta kakitangan asing yang ditauliah dan ditempatkan di Malaysia yang memegang memegang KAD PENGENALAN warna HIJAU yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Negeri.
Tempoh yang dibenarkan diberikan untuk menikmati keistimewaan ini
Dibenarkan mengimport atau membeli barang-barang daripada gudang berlesen / gudang eksais tanpa membayar duti / cukai sepanjang tempoh bertugas di Malaysia.
Prosedur permohonan untuk menikmati keistimewaan ini
Semua permohonan untuk menikmati kemudahan ini hendaklah mematuhi perundangan dan peraturan undang-undang di bawah akta yang ditadbir oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Secara umumnya prosedur permohonan adalah seperti berikut:-
- Bagi pembelian barang-barang yang dimport hendaklah mengunakan Borang Kastam 1;
- Bagi pembelian barang-barang dari Gudang Berlesen hendaklah menggunakan Borang Kastam 9;
- Bagi pembelian barang-barang dari Gudang Eksais hendaklah menggunakan Borang Kastam 7; dan
2. Semua barang-barang yang dibeli adalah tertakluk kepada Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2012 dan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2012, Perintah Duti Kastam 2012, Perintah Duti Eksais 2012 dan Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014
3. Borang-borang hendaklah diisi dengan lengkap serta ditanda tangani oleh Pegawai Perwakilan Diplomatik / Badan-Badan Antarabangsa yang ditauliah dan di cop dengan cop rasmi Perwakilan Diplomatik / Badan-Badan Antarabangsa.
4. Setiap pengimportan / pembelian menggunakan borang tertentu yang telah diluluskan oleh Bahagian Protokol, Kementerian Luar Negeri dengan menurunkan tandatangan Pegawai Protokol yang bertauliah serta cop rasmi.
5. Pengimportan / pembelian kenderaan hendaklah mematuhi dan mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:-
Certificate of Remission;
- Kelulusan dalam borang-borang yang dinyatakan di atas; dan
- Setiap pengimportan (kenderaan) mestilah mempunyai permit import (AP-JK69) yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian Malaysia.
- Sekiranya kenderaan yang telah dibeli tanpa cukai / duti hendak dilupuskan atau dijual, kelulusan (Certificate of Authority to Dispose) daripada Kementerian Luar Negeri hendaklah diperolehi terlebih dahulu untuk dinilai oleh Cawangan Perkhidmatan Teknik Negeri / Ibu Pejabat sebelum duti/cukai boleh dibayar di mana-mana pejabat kastam.